Saturday, 1 April 2017

Tips Luruskan Rambut Dengan Bahan-Bahan Yang Ada Di Dapur

Kredit : Carian Google


Ramai rupanya yang inginkan rambut lurus. Bertuahlah kalau memang semulajadi dilahirkan berambut lurus. Yang berambut kerinting atau ikal mayang tu, kalau nak luruskan pun boleh, rebonding di salun lah nampaknya.

Tapi tahu sahajalah kan, kalau kita buat sebarang rawatan rambut di salun, penggunaan bahan kimia itu dah mesti, memang tak boleh lari punya. Duit untuk buat rawatan rambut pun perlu dikeluarkan juga, nak kata mahal atau murah itu, saya tak pasti pula sebab saya tak pernah buat sebarang rawatan rambut di salun sepanjang hidup ini.

(Sekadar pergi ke kedai gunting rambut kat aunty cina untuk gunting rambut. Kalau nak merasa massage best, saya request syampu rambut sekali. Itu sahajalah. Hehehehe...)

Hari tu terbaca di Mingguan Wanita bahawa, untuk memiliki rambut lurus menawan, gunakan aje bahan-bahan yang ada kat dapur. Pastinya jimat belanja dan tiada bahan kimia. Yang penting, mesti mau rajin ya!


1) KOMBINASI JUS LEMON & SANTAN

  • Campurkan setengah cawan jus lemon bersama secawan santan.
  • Kemudian sejukkan ramuan ini di dalam peti sejuk semalaman.
  • Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.
  • Sapukan pada rambut sehingga rata sambil mengurut kulit kepala.
  • Bungkus dengan tuala atau shower cap selama sejam.
  • Kemudian bilas sehingga bersih.

Lakukan petua ini 2 kali seminggu.



2) LIMAU NIPIS

  • Masukkan setengah cawan pati santan bersama sedikit air suam dan air perahan limau nipis.
  • Gaul sebati, jadikan ia sebagai perapi.
  • Lakukan petua ini setiap hari.



3) SUSU SEGAR

  • Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur.
  • Kemudian semburkan pada rambut.
  • Biarkan selama 20 hingga 30 minit.
  • Selepas itu, sikat rambut anda.
  • Bilas rambut, cuci dengan syampu dan akhiri dengan penggunaan perapi.
  • Lakukan sekerap yang mungkin.



4) PISANG & BETIK

  • Lenyek pisang masak dengan betik sehingga halus atau kisar sahaja kedua-dua bahan ini.
  • Campurkan 2 sudu madu.
  • Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.
  • Bilas rambut sehingga bersih diikuti dengan pemakaian perapi.
  • Selepas itu sikat rambut sehingga lurus, biarkan ia kering.
  • Elakkan mengikat rambut.
  • Lakukan 2 kali seminggu.



5) TELUR & TEPUNG GANDUM


  • Campurkan 2 biji telur dan tepung gandum, gaul sehingga sebati. 
  • Basuh rambut, lap dengan tuala sehingga separuh kering. 
  • Sapukan bancuhan tadi pada rambut, pastikan ia rata.
  • Kemudian, sikat rambut sehingga lurus.
  • Biarkan selama 30 hingga 40 minit kemudian bilas sehingga bersih.
  • Lakukan 2 kali seminggu.


Dalam banyak-banyak petua di atas, saya rasa no. 3 dan 5 adalah yang paling mudah untuk saya buat. Jom cuba, moga-moga berhasil dapat rambut lurus selepas ini :)


Agent Sah Natuwrel :)
|| Siti Munirah ||
Whatsapp : 018-7669798
COD : Bandar Seri Alam, Taman Rinting & Pasir Gudang, Johor
POS : Seluruh Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like Page Love Natuwrel :)